Di kota Palu digigit pilu
di kota Donggala dilibas
duka
masing-masing
dihempap pelepah derita
apabila tsunami
meranduk-merobek lara di
situ
mencalarkan 28 September 2018
tiba-tiba semakin keliru
menjadikan perca-perca
nostalgia itu
yang pernah berserakan
seperti
menjahit semula di Acheh
tiba-tiba Sulawesi turut
menangis.
Sebuah nota pernah
dikimkan
bersama perca-perca
mukmin
bagaimanapun ia masih
terpadam
sehingga laut itu mengoyak
perdu-perdu yang padu di
situ
bersama pekat lumpur
menampar-nampar si pilu
betapa si walang itu
tanpa sebarang identiti lagi
selepas dirobek-robek
bersama tsunami.
Betapa pun, kita hanya
mengirim simpati
atau sebuah puisi
menangkup sepi sekali gus
gempa tsunasmi lumpur
bertempur
sehingga cermin Sulawesi
menjadi retak dan kabur.
Selepas berserakan di
senjakala itu
sekaligus menangkup
tragedi
dengan perca-perca mukmin
bagaimanapun, dijahit
semula
sehingga menjadi hamparan
bagaikan norma-norma
abadi
dengan mekarnya kuntum-
kuntum perestu
yang pernah dirindu.
JAFFRI B.N.
PERAK
di kota Donggala dilibas
duka
masing-masing
dihempap pelepah derita
apabila tsunami
meranduk-merobek lara di
situ
mencalarkan 28 September 2018
tiba-tiba semakin keliru
menjadikan perca-perca
nostalgia itu
yang pernah berserakan
seperti
menjahit semula di Acheh
tiba-tiba Sulawesi turut
menangis.
Sebuah nota pernah
dikimkan
bersama perca-perca
mukmin
bagaimanapun ia masih
terpadam
sehingga laut itu mengoyak
perdu-perdu yang padu di
situ
bersama pekat lumpur
menampar-nampar si pilu
betapa si walang itu
tanpa sebarang identiti lagi
selepas dirobek-robek
bersama tsunami.
Betapa pun, kita hanya
mengirim simpati
atau sebuah puisi
menangkup sepi sekali gus
gempa tsunasmi lumpur
bertempur
sehingga cermin Sulawesi
menjadi retak dan kabur.
Selepas berserakan di
senjakala itu
sekaligus menangkup
tragedi
dengan perca-perca mukmin
bagaimanapun, dijahit
semula
sehingga menjadi hamparan
bagaikan norma-norma
abadi
dengan mekarnya kuntum-
kuntum perestu
yang pernah dirindu.
JAFFRI B.N.
PERAK
No comments:
Post a Comment