Buka buku baharu
janganlah sampai lupa
pada buku lama
kerana terlalu banyak
jasanya
kepada kita.
Betapa tidak
banyak sudah isinya
telah memberi manfaat
kepada kita
sekian lama.
Lebih daripada itu
begitu banyak lagi
sebetulnya
isi utama buku lama itu
belum sempat
kita kunyah sepenuhnya
dan hadam dengan
sempurna.
Tiada buku lama
tiadalah buku baharu
seharusnya
kedua-dua buku itu
kita gabung jalinkan
pedoman untuk
kelangsungan
Hidup masa kini
dan masa depan kita
ke tahap yang
lebih cemerlang
dan gemilang.
ALADIN MOHAMAD,
RIM 8
janganlah sampai lupa
pada buku lama
kerana terlalu banyak
jasanya
kepada kita.
Betapa tidak
banyak sudah isinya
telah memberi manfaat
kepada kita
sekian lama.
Lebih daripada itu
begitu banyak lagi
sebetulnya
isi utama buku lama itu
belum sempat
kita kunyah sepenuhnya
dan hadam dengan
sempurna.
Tiada buku lama
tiadalah buku baharu
seharusnya
kedua-dua buku itu
kita gabung jalinkan
pedoman untuk
kelangsungan
Hidup masa kini
dan masa depan kita
ke tahap yang
lebih cemerlang
dan gemilang.
ALADIN MOHAMAD,
RIM 8
No comments:
Post a Comment